get this widget here

Khamis, Julai 14, 2011

Gulai Udang Harimau


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.,.. virus m melanda lagi nampaknya nie.. bukannya x masak/yg kebanyakkannya resepi ulang tayang jer! tu yg buat rasa malas aje nak update blog ni...tp bila boring2 tu disinilah tempat kita berbicara dan mengadu, juga tempat zana habiskan masa2 yg terluang tu.. almaklumlah kita kat opis nie adakalanya kesorangan(kesiannya!!) kalau kerja banyak x lah terasa sangat, x gitu? Nasib baik jugak ade blog dan rakan2 blogger sekurang2nya adelah tempat kita melepak dan merayau hehehe!!!! :) Oklah ari nie zana nak n3kan resepi gulai udang yg zana buat 2 ari lepas(mendanya dah abis usah ditanyakan ya..) sebelum ni zana pernah n3kan resepinya kalau nak cari boleh tengok kat Sini tp kali ni zana guna udang harimau yg hubby bawa dari sabah tu ari~kita amik yg sederhana besaq je.. yg haq besaqnya nanti nak buat pe kita x tau lae :D ... Jom layan gambaq jer!!! tuan rmh ni malas nak nuleh2 lg... :D

Selasa, Julai 12, 2011

Telur Rampai Kukus


Assalamualaikum dan selamat pagi.. pd pengunjung2 blog ni, pagi nie zana nak n3kan resepi telur kukus, sepatutnya semalam zana nak n3kan tp x berkesempatan. Resepinya zana cedok dari dapur CMG tapi zana olahkan semula ikut selera tuan gumah nih hehehe.... :D
Telur Rampai Kukus
(sumber: CMG / diolah semula)
Bahan2nya:
  • 3 biji telur ~ dikocak sekejap
  • 1 sdm mayonies
  • 1 ulas bwg putih dicincang
  • 1 labu bawang besar didadu
  • 1 biji buah tomato dibuang biji dan didadu
  • 1/4 biji capsicum merah didadu
  • 2 btg sosej ayam didadu kecil
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit hirisan daun sadri dan bwg
  • garam secukup rasa
Cara2nya:
1. Sediakan kukusan ~ panaskan
2. Sementara tu kocakkan telur ~ masukkan semua bahan2 dan digaul sebati
3. Kemudian masukkan adunan telur kedalam loyang kecil berukuran 6"/7"dia yg telah dilanser dgn sedikit minyak dan taburkan dgn hirisan daun sadri/bwg.
4. Kukuskan telur tadi selama 10 min. Angkat dan bolehlah dihidangkan....

Isnin, Julai 11, 2011

Kerapu Nanas..


Assalamualaikum n salam sejahtera..haii!! bersiaran kembali di ptg hari Isnin ini... hari isnin yg memboringkan di opisss ni... gara2 hidungku yg berair...dgn bersin2nya, mata naik berair, duduk pun rasa serba x kena..mcm nak demam pun ade. Kena pil selsema sebijik barulah rasa reda sedikit...tp terasa mengantuklah pulak. Oklah! nak melayan mata nie jap.. nak n3kan menu mkn mlm zana sekeluarga semlm... kita asyik tunjuk pala ikan jer ler!! ikan kerapu yg dibawa oleh hubby tu ari.. yg part ekoqnye dah abih x sempat nak snap.. dah kena ngap2... :D
Kerapu Nanas..
(sumber : Sajionline dan diolah semula)
Bahan2nya:
  • 1/2 ekor ikan Kerapu sederhana besar dicuci dan dibersihkan
  • 1 biji telur
  • 2 sdt tepung jagung
  • sedikit garam
  • minyak utk menggoreng secukupnya
  • 1 labu bawang besar didadu
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1 batang serai dihiris halus
  • 1 biji buah tomato didadu
  • 1/4 biji lada benggala didadu
  • 2 sdm sos manis ABC
  • 2 sdm sos tiram
  • 1/2 biji nanas madu didadu
  • 2 sdm jus limau kasturi
  • 1 sdt tepung jagung + 1/2 cwn air
  • garam secukup rasa
  • sedikit hirisan daun sadri/bwg/lemon utk hiasan
Cara2nya:
1. Pecahkan telur dan kocakkan sekejap ~ masukkan didalam mangkuk berisi ikan dan tambahkan tepung jagung dan sedikit garam dan digaul rata ~ ketepikan
2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan tadi sehingga garing/masak ~ angkat dan ketepikan.
3. Sementara itu.. panaskan sedikit minyak dan tumiskan bwg putih, serai, dan bwg besar sehingga wangi.
4. Masukkan buah tomato, sos manis, sos tiram ~ masukkan tpg jagung yg telah dibancuh dgn 1/2 cwn air kacau rata dan biarkan merenih sebentar barulah masukkan nanas dan kacau lagi..rasakan dgn sedikit garam. Tutupkan apinya
5. Curahkan keatas ikan yg telah digoreng td dan hiaskan dgn hirisan daun bwg/sadri & lemon.

Jumaat, Julai 08, 2011

Ayam Masak Madu


Assalamualaikum dan bersua lagi di petang hari jumaat ni.. kabarre.. semua dah minum petang belum? Oklah! hari ni zana x de apa nak cerita cuma nak n3kan menu makan mlm zana dan keluarga. Rasanya sebelum ni zana pernah masukkan resepinya tp dah agak lamalah jugak.. kalau nak tengok boleh semak di Sini.. atau pun tengok aje kat sini.... :D
Ayam Masak Madu
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil dan dibersihkan
  • 4 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2" halia* } ditumbuk
  • 1/2" kulit kayu manis
  • sekuntum bunga lawang
  • 2-3 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 labu bwg besar dipotong bulat
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang serai dititik
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan madu
  • kicap dan sos tomato secukupnya
Cara2nya:
1. Ayam dilumur dgn serbuk kunyit dan sedikit garam dan digoreng sehingga masak
2 Panaskan minyak ~ tumiskan bahan rempah/tumbuk serta serai dan daun pandan sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan dikacau rata, bila cili hampir masak masukkan kicap, sos tomato, bawang besar dan tomato ~ tambahkan sedikit air jika perlu.
4. Akhir sekali masukkan madu di ikuti dgn ayam goreng, kacau rata dan sebati. Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.

Rabu, Julai 06, 2011

Ikan Kukus Asam Boi...


Salam n selamat ptg semua.. hai!!! ptg ini zana nak n3kan menu2 yg ketinggalan nak diupdatekan.. terlupa lak! oklah! jom layan aje resepi nie..ya
Ikan Kukus Asam Boi
(sumber: ResepiRaidah)

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan (anggaran 500gm) ~ sea bream ( ikan lain2 pn blh seperti siakap, kembung bawal)
  • 30gm cendawan kering ~ rendam dan dihiris
  • 3-5 biji asam boi ~ rendam dgn air separas asam
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1/2 inci halia ~ dihiris halus
  • 1 biji tamato ~ dihiris
  • 1 batang lobak merah ~ dihiris
  • 3 kuntum brokoli ~ dipotong kecil
  • 4 biji cili api ~ dibelah 2 (nk pedas tambah lagi)
  • 1 btg serai ~ diketuk
  • 1 sudu mkn bawang putih,merah,halia yg ditumbuk
  • 1 camca teh tepung jagung
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Sedikit daun bawang

Cara penyediaan:

1. Panaskan kukusan. Satukan bawang putih,merah dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam dan gula serta sedikit air.
2. Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, bawang besar, cendawan, halia, tomato, cili api, asam boi bersama air dan serai.
3. Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang.

Baked Sardine Roll


Assalamualaikum & salam sejahtera... bersua lagi.. kita. Sebelum keluar utk lunch nie, zana nak n3kan menu sarapan pagi anak2 sek., sardine roll ni zana buat malam td, baunya harum semerbak bila dibakar, resepinya zana amik dari rmh kakWan tp diubahsuaikan ikut ape yg ade dlm rmh ni.. :D sorry ya kak...derhaka sikit jer!!!! Rasanya mmg sedap dan tq kakWan..zana c&p..

Sardin Gulung Bakar / Baked Sardine Roll
(sumber: KakWan)

Bahan-bahan
300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk-
eee....zana buh 6sdb)

Inti Sardin
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang (
zana guna 1/8 biji lada banggala)
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis (
taruk jus lemon)
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah (x letak pon)
1 dahan daun bwg dihiris halus (yg ni zana +)
1 biji kuning telur untuk glis

Cara-cara :
Inti Sardin : Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.

1. Doh Pastri : Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
2. Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.

3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu. (zana kelar2 jer..)
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas dibakar.

Selasa, Julai 05, 2011

Kari Kepala Ikan ~ Versi II


Assalamualaikum... bersua kembali, tkasih pd rakan2 yg sudi berkunjung kesini. Oklah! hari nie zana nak n3kan menu mkn mlm kami sekeluarga..kebetulan pulak kakak dan abg zana berkunjung kerumah...jamulah dgn kari kepala ikan ni, mmg enak dimakan dgn nasi panas.. kena pulak dgn timun jepun dan ulam2man...sebelum ni zana pernah letakkan resepinya di SINI cuma kali ni zana ubah sedikit (tukarkan ikan dan sayurnya) :D

Kari Kepala Ikan
(sumber: zanavilla)
Bahan2nya:
  • kepala ikan Siakap (+ dgn 2ketul bhgn daging)
  • 1 labu bawang besar dipotong 4
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 7-8 biji kacang bendi
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 st jintan manis
  • sedikit halba
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 6 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1" halia*} ditumbuk halus
  • 1 st pes asam jawa adabi
  • 3-4 cwn air
  • garam secukup rasa
Cara menyediakan
  1. Ikan dicuci bersih. Panaskan sedikit minyak tumiskan halba, jintan manis, daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan tomato dan bawang besar digaul rata dan sehingga bwg layu.
  3. Kemudian masukkan rempah kari yg telah dicampur sedikit air dan pes asam jawa dan digaul sebati.
  4. Masukkan secawan air diikuti ikan dan dikacau rata. Apabila merenih tambahkan air lagi ~ kacau dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan kacang bendi
  5. Rasakan dgn sedikit garam dan tutupkan apinya bila masak. Hidangkan ketika masih panas...(makan rebut2 mcm tu..bestnya).