Isnin, Julai 29, 2013

Ketam Cili Berempah

Assalamualaikum... &
Selamat malam, sesudah berterawih nie,,..relek2 jap sambil melayan blogku yg serba kekurangan ini. Apa yg patut dan perlu ditambah eee...okLah! hari ini zana nak letakkan resepi Ketam Cili berempah kat sini, rasanya dah dua/tiga x zana membuatnya - memang sedap! resepi ambil dari dapur Kak Putri Manja nun di seberang Tambak..Lihat tu.., guna sotong pun sodap!


Ketam Cili Berempah

Bahan2nya:
  • 1kg Ketam ( dlm 5 ekor- zana amik 3 ekor jerr)
  • 2 sudu besar Rempah Kari
  • 2 sudu besar sos cili (zana guna sos cili Thai)
  • sedikit garam / secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 150ml Air
Bahan Kisar:
  • 15 tangkai cili kering ( zana buh 2 sb cili kisar)
  • 4-5 biji cili padi (x buh pon dah pedas)
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji bawang kecil
  • 1/2" halia
semua bahan2 di atas disatukan dikisar bersama
Cara2nya:
1. Pastikan ketam direbus sebentar agak2 dlm 5-7min atau ketam bertukar warna keorenan, padamkan api dan toskan..airnya jgn dibuang, boleh digunakan (ketepikan dulu)
2. Tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan naik baunya..masukkan rempah dan kacau rata sehingga garing.
3. Pecahkan telur dan kacau pelahan2, bila telur hampir masak masukkan air rebusan td bersama sedikit garam atau secukup rasa.
4. Masukkan sos cili, ketam dan digaul rata..kaup balik jer..pas tu bolehlah tutupkan apinya, sebab ketam tu dah direbus..siap utk dihidangkan.




1 ulasan:

  1. salam kak zana, tengok pun dah tau kesedapan ketam tu..

    BalasPadam