Assalamulaikum w.t.h
Bersua di pagi hari minggu ini bersamaan 19 Ramadhan 1434H. Untuk pertama kalinya tahun nie, zana nak sharekan menu berbuka puasa semalam.,,setelah hampir setahun tak menulis ape2 resepi di blog ni. Jadi hari ni, zana merajinkan diri utk menulis, walaupun sedikit. Oklah! kita tengok resepi nasi ayam pulak, resepi ni zana ceduk dari dapur
Potret Kasih - memang sedap utk selera di rumah ini, alhamdulillah, tak rugi mencubanya. Terima kasih pd Kak Wana.,kerana sudi berkongsi resepi ini.
Nasi Ayam Madu
Bahan2nya:
§ 4 cawan beras siam / basmathi
§ 1 ekor ayam (dipotong 2 @ 4) – asingkan kepak, leher
dan kaki untuk sup.
§ 1 kiub ayam
§ 1 ½ inci halia
§ 4 ulas bawang merah
§ 4 ulas bawang putih
§ 4 sudu besar madu
§ 4 sudu besar kicap manis
§ 4 sudu makan sos tiram
§ 2 sudu makan minyak bijan
§ air secukupnya
§ sedikit garam
§ 1 sudu besar penuh mentega/marjerin
§ kulit kayu manis
§ daun pandan
Cara penyediaan
1. Tumbuk garam,halia dan bawang putih
hingga hancur kemudian lumur pada ayam. Perap sebentar.
2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak,
kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam
yang telah diperap dengan halia, bawang putih dan garam sehingga 3/4 masak.
3. Ayam yang telah di kukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan
kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Sementara ayam di perap dengan
madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
4. Untuk nasi, panaskan mentega/ marjerin kemudian tumis bawang merah, halia,
bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah
dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika.
5. Masukkan air kukusan ayam tadi bersama daun pandan dan sedikit garam pada
beras yang telah digoreng tadi…. jumlah air bergantung pada beras yang anda gunakan.
Masak nasi lah seperti biasa.
6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan tadi
bolehlah di bakar dalam oven. Atau boleh juga di goreng dengan minyak penuh.
Pastikan semasa membakar atau menggoreng janganlah terlalu lama kerana ayam
tersebut sudah dikukus….
8. Angkat ayam yang telah digoreng atau dibakar tadi, kemudian bolehlah
dipotong2 dan dihidangkan dengan salad, tomato, timun, sup, sos kicap dan sos
lada.
