Rabu, Mac 21, 2012

Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum semua...haiii....bersua lagi, amboi2!!!! hari ni ...MakCik ni te rajinlah pulak nak update blog ni..kalau x sebulan atau 3 minggu sekalilah baru nak update. hehehe....tapi lepas ni, manalah taukan kalau2 boleh update hari2 gitu..,hekhek!!!manalah tau...kite tengok je lerr : P Ok2!!! jom layan biskut pulak ya..actually ni pun n3 yg tertunggak jugeee :)) apo nak kato...lihat joo ekk...kite cnp jee tq.

Chocolate Chips Cookies
Source: TunTelani SueHasu
Sharing By: zanavilla.

Bahan2:
  • 1 cwn butter/margerine
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sk vanilla
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)
Cara2:
  1. Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  2. Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  3. Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
  4. Sudukan atas loyang (Tun x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
  5. Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
* **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.



Selasa, Mac 20, 2012

N3...yg lalu

Assalamualaikum semua...bersua lagi.. :)) hehehe dah macam biskut jerr...kejap ade jap xde...tkasih pd rakan2 yg selalu singgah kat dapoq zana ni. Hari ni.., zana nak update blog jugak! memandangkan ade sikit masa yg terluang kat opiss nii...soo tunggu ape lagi!!! :P Ok! mcm biasalahkan nak n3kan menu yg lepas2 jer nie...jangan marah ekk!! dah banyak sangat yg tertunggak, dah basiii... dah a.k.a dah jadi baja... hehehe..
Resepi Sardin Gulung
Bahan2 Inti

  • 1 tin sardin cap ayam sederhana kecil
  • 1 labu bwg besar *
  • 1 biji buah tomato*
  • 1/4 biji capsicum hijau* (* didadu kecil)
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • garam secukup rasa (jika perlu)
  • sebiji limau kasturi (d ambil jusnye)
  • sedikit minyak utk menumis
Cara2nya:
  1. Keluarkan isi sardin - buangkan tulang dan dihancur2kan asingkan sosnya
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bwg putih, bwg besar sehingga wangi dan sedikit layu. Kemudian masukkan buah tomato dan capsicum dan dikacau rata.
  3. Masukkan sardin bersama sosnya dan dikacau rata, kemudian rasakan dgn sedikit garam dan masukkan jus limau - kacau rata dan tutup api. Biarkan ia sejuk sebentar
Bahan lain (sampingan)
  • Roti keping secukupnya
  • serbuk roti warna oren secukupnya
  • sedikit tepung dibancuh dgn sedikit air (jd paste/sebagai pelekat)
  • 2 biji putih telur dikocak sedikit
  • minyak penuh utk menggoreng
Cara menyediakan:
  1. Mula2 gelekkan beberapa keping roti, ratakan inti sardin dan gulung kemudian gamkan dgn paste, ketepikan dahulu - buat sehingga inti habis.
  2. Kemudian golek2kan roti yg telah digulung td didlm putih telur dan golek2kan pula di dlm serbuk roti -buat sehingga habis.
  3. Masukkan didlm bekas dan simpan di dlm peti sejuk, pastu bolehlah digoreng sehingga kekuningan.
  4. Hidangan bersama2 sos cili, sesuai utk sarapan pg dan bekalan anak2 sekolah.

Resepi Kuih Sagu (Bronok)

Bahan-bahan: ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah (zana buh sirap rose)
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose (x perlu buh lae)

Cara-cara:
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
Kuih Talam Pisang
(sumber: TryMasak)

Bahan2nya:
  •  Pisang (1 sikat) – dlm 8 biji
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula merah (zana guna gula melaka)
  • 1 butir telur
  • ½ cwn kelapa parut (kelapa yg buat inti tuu...)
  • 1 cwn santan 
  • sedikit  garam

 Cara membuatnya:
  1. Lenyek pisang hingga hancur dan gaulkan dengan gula merah.
  2. Apabila sebati, masukkan pula kelapa parut, diikuti dengan telur dan sedikit garam. Gaul hingga semua bahan sebati dan masukkan tepung gandum.
  3. Setelah adunan sebati, sapukan sedikit minyak kepada loyang supaya kuih tidak melekat.
  4. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam loyang tersebut, ratakan dan kukus hingga adunan sedikit masak.
  5. Sementara itu, gaul santan bersama sedikit garam dan 2 sudu tepung gandum. Gaul sebati dan pastikan tepung tidak berketul.
  6. Apabila adunan masak, tuangkan campuran santan tadi ke atasnya. Kukus lagi hingga masak dan kuih talam pisang sedia untuk dihidang.









Rabu, Mac 14, 2012

Terung Goreng Berlado

Salam semua dan bersua lagi, hari nie zana bersiaran di malam hari sambil melayan mata yg hampir saja nak terlena nie...kesian memikirkan blogku ini sentiasa aje ketinggalan utk diupdatekan, namun kugagahi jua..apokan daya...hati kata buatlah! tp mata pulak berkata tidorlah! hehehe saba jer lah aku..oklah! zana ni sebenarnya taklah pandai nak berkata2 maupun bercerita, cukuplah setakat sepatah 2 kata yg dapat ku coretkan. Sisipan utk malam ni...ialah menu yg dah beberapa hari terlepas utk zana uplodekan kat sini.

Terung Goreng Berlado
(resepi : KakJee / sumber : CMG)
tapi ni kite buat cara kite... :))

Bahan2nya:
  • 1 biji terung panjang biru - dibuang sedikit kulitnya dan dipotong2
  • 2 sudu besar udang kering - rendam selama 10min dan toskan
  • 2 sb cili merah yg telah dikisar
  • 5-6 biji cili padi ditumbuk kasar (boleh lebihkan sekiranya suka pedas)
  • 1 labu  bwg besar*
  • 2 ulas bwg putih* - ditumbuk halus
  • 1 biji limau kasturi diambil jusnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit daun bawang dan sadri utk hiasan
Cara membuatnya:
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, kerat kepada 4 - 5 bahagian (bergantung pada saiz terung), kemudian belah 4 untuk setiap keratan. Rendam dalam air bergaram.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan (zana guna minyak canola). Kemudian goreng terung tadi kasi dia layu (toskan dulu). Alih dalam bekas. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering tadi hingga garing, angkat, tos dan biar sejuk, kemudian tumbuk hingga hancur. Ketepikan. 
  4. Dalam kuali sama, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum dan garing, guna api sederhana. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kacau lagi dan masukkan jus limau kasturi.
  5. Masukkan terung, gaul hingga rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  6. Tabur udang kering tumbuk atas sambal tadi dan tabur juga hirisan daun bawang sebagai hiasan,jika suka. Hidangkan bersama nasi hangat....(tp apa yg zana buat! zana gaulkan semua sekali hehehe.. yg penting rasanya tetap sedap)

Jumaat, Mac 02, 2012

Corat coret

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yg sudi mengunjungi blog zana yg tak seberapa ni.. dah masuk sebulan blog kesayangan ku nie sepi2jee tanpa penghuni...bukannya dapur x berasap, bukan tak snap fotonya... tp disebabkan  bila dah lama x berupdate jd mood malas pun melanda.... lg2 kalau keje2 kat opiss nii..tak penah2 abiss......hehehe.. kesiankan pd kawan2 yg bertandang kedapur zana nie, dpt tatap je apam pisang tuuuh....dah naik berkulat dahh!!!! :p :)) oklah! ape kata hari nie kita layan jer gambar anak2ku yg suka bergaya (tengok jer kerenah sicilik tuu..) actually..gambar nie.. gambar lama dan baru..masa gi jalan2 carik makan dan window shopping.....dah menjadi satu hobi zana n famili di hujung minggu.. sekiranya x balik kampung...
haa.. yg cun ni mak kesayangan saya..

yg ni pulak! bambam & waher
tengok tu...
ni.. pulak dgn angahnye..
same jer..gayanyakan!!
yg nie.. yg x seronok  ni..ade jee yg tak kena hehee...nak tuu / inii
tengok tuu..dia mmg suka bergambar
ehemhem...!!!
cik abg pun x ketinggalan nak bergambar juge..
sayangnya..besar bear dari dia...
eihhihhh2..
nakkk...jugak!!!
yg nii..dgn alongnya..mmg susah nak bergambar...

pantang nampak mesti nak naikk...
kemana saje...nakkkkk!!!!
oklah!! tuuu..sajelah utk hari nie..tuan rumah dah penat....nak rehat jap.