Jumaat, Januari 27, 2012

Karipap Rangup

Salam & bersua lagi di petang hari Jumaat ni...sebenarnya hari nie zana nak memenuhi peluang yg ade ni utk mengentri menu2 yg tertunggak jer..ni... hehehe!!! buat utk bekalan anak2 sebelum cuti CNY tu ari :)) banyak juga dapat.. yg selebihnya zana frozenkan, kali nie zana guna resepi dari Along Roz dan boleh juga kwn2 refer kat SINI ya...


Karipap Rangup
Sumber : Along Roz
By : Zanavilla
Bahan2nya:
  • 500g Tepung
  • 50g Tepung Beras
  • 50g Tepung Ubi
  • 1 sb Gula
  • 1 st Garam
  • 2½ sb Majerin*
  • ¼ cwn Minyak* (* panaskan) 
  • Air

Cara Membuatnya:
  1. Campurkan kesemua bhn2 kering. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  2. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
  3.  Bahagi doh kpd bebola kecil. Leperkan & isi dgn inti kesukaan (zana guna inti keledek+ayam).Buat sehingga habis.
  4. Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
Bahan utk Inti Keledek + Ayam:
  • 3 biji bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih* (* ditumbuk halus)
  • 200gm ayam cincang
  • 600gm keledek kuning didadu kecil & direbus separuh empuk (tapis & ketepikan)
  • 1 labu bwg besar didadu
  • 2 sb rempah kari daging
  • 1 tangkai daun kari
  • garam & gula secukup rasa
  • sedikit air
Cara-caranya:

  1. Tumis bahan kisar hingga naik bau
  2. Masukkan rempah dan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan sedikit air dan tumis hingga garing
  4. Masukkan ayam cincang dan gaul rata, biarkan ia mereneh sebentar kemudian masukkan keledek ~ kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan garam & gula secukup rasa
  6. Masak sehingga empuk..tutup api dan biarkan sejuk dahulu dan bolehlah digunakan.
p/s*** lebihan inti tu..zana buatlah somosa..hehehe!!!

1 ulasan:

  1. anak-anak saya, memang hantu karipap,
    tapi kalau buat kulitnya mesti lenyut
    bila dah sejuk,

    Ada petua lain ke!

    BalasPadam