Assalamualaikum & Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung yg singgah di blog zana yg serba kekurangan ni...tkasih kerana sudi.. oklah! hari nie dah masuk hari yg ke 8 syawal, sekejap jer dah habis seminggu kita merayakannya...kini kembali menjalani tugas masing2 dan dah tentunya ade yg membuat rumah terbuka pd hujung minggu ni.. harap semuanya berjalan dgn lancar seperti yg dirancangkan. ok! stop.. :D kita lihat jer... n3 zana utk hari ni ya, kek yg zana buat semalam...zana c&p jer..
KEK MARBLE SUSU
(sumber: Bro Rozzan / by: zanavilla)
Bahan-Bahannya
250 g mentega
230 g gula halus
2 sudu teh ovalette
4 biji telur saiz besar
270 g tepung halus (saya gunakan tpg Hong Kong/zana guna tpg pau)
1 sudu teh baking powder ..................................... disatukan dan ayak
60 g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu cair
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh esen vanilla (I added in this)
Cara
Pukul mentega, ovalette dan gula halus hingga kembang/putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus pukul hingga kembang gula larut. Masukkan susu pekat dan gaul rata. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata-rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dibiarkan plain dan satu lagi di bubuh susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
Tuang adunan secara berselang seli antara adunan plain dan adunan coklat dalam loyang yang dialas dgn kertas tracing dan telah digris dgn mentega disekilingnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit (saya bakar selama 40-45 minit). Sejukkan 5-10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang dan diletak di redai kek. Hiaslah mengikut cirarasa anda.
***p/s: knp ekk.. zana nyer kek nie nampak kering tp lembut jer bila dimakan...kalau tau tolonglah bagi tau ya.. tq