Ahad, Julai 24, 2011

Kari Udang Berdaging...


Salam dan selamat ptg.. hai!! bersiaran lagi di laman blog kesayangku ini.. dah makan t/hari belum? Alhamdulillah semuanya dah selesai.. juadah yg disediakan pun dah habisss.... Mari kita tengok resepinya ya!...
Kari Udang Berdaging
(sumber ; zanavilla)
Bahan2nya:
  • 500gm udang harimau
  • 5 sudu makan daging kisar
  • 3 sudu makan mentega
  • 2 ulas bwg putih ~ dicincang
  • 1 labu bwg besar ~ dimayang kasar
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1/2 cwn air atau secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
Cara2nya:
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega ~ tumiskan bwg putih, bwg besar dan setangkai daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air dikacau rata dan biarkan sehingga ia mereneh sedikit.
3. Selepas itu, masukkan daging kisar, sos tomato dan sedikit air ~ kacau rata lagi, kemudian barulah masukkan udang.
4. Rasakan dengan sedikit garam dan gula. Setelah masak, bolehlah dihidangkan....cubalah! sedapp.. sehingga menjilat jari... :o)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan