Khamis, Februari 25, 2010

Homemade Strawberry Ice-cream


Salam semua...hai!!! selamat petang... Jom makan ice-cream ~ cuaca panas2 gini memang sedap kalau pekena ais krim nie...uhh!!!!!!!!! segar sikit rasanyer...pertama kali membuatnya tau!!! resepinya zana amik dr rumah HANA-Jepun yg telah diubah suai ikut seleranye...resepi asalnya ikut resepi CMG kat MyR , rasanye dah ramai yg telah mencubanyakan!! mmg sedap... mcm ais krim yg jual kat kedai tuu....thanks yea..., sorilah hana, akak CnP ajerrr resepinye kat sini...hehehe!!!
Bahan-bahan:
  • 270 g coffemate (creamer tepung)
  • 500 ml susu segar perisa strawberry
  • 30-50g gula - bergantung tahap kemanisan susu berperisa
  • beberapa biji strawberry

Cara-caranye:

  1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).
  2. Potong strawberry kecil2 n lecek/blend hingga hancur/separa hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
  3. Perlahankan speed. Masukkan strawberry dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.


Rabu, Februari 24, 2010

Gulai Udang.....


Menu makan malam semalam zana sekeluarga..."Gulai Udang"., sayur dan ikan goreng, lama zana x buat gulai udang macam nie..sesekali tu teringin jugakkan!! mudah aje membuatnya...
Bahan2 yg diperlukan:
  • 500gm udang sederhana besar yg telah dibersihkan
  • 1 biji tomato yg besar dipotong 6 bhgn
  • 2 helai daun kunyit dihiris2
  • 2 cwn santan pekat + 1 cwn air
  • 10-15 biji cili padi * (bubuh lebih jika suka pedas)
  • 2" kunyit hidup*
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 1/2" belacan* (bhn * ditumbuk halus)
  • 2 kpg asam gelugor
  • garam secukupnya.

Cara membuatnya:

  1. Masukkan bahan tumbuk kedalam periuk diikuti sedikit air dan asam gelugor - masak di atas api sederhana kecil sehingga merenih..,
  2. Masukkan udang dan dikacau rata ~ biarkan sebentar, kemudian masukkan santan dan air ~ kacau dan jgn sampai pecah minyak.
  3. Bila mendidih barulah masukkan hirisan daun kunyit dan buah tomato.
  4. Rasakan dgn sedikit garam.
  5. Setelah masak bolehlah dihidangkan..

Mee Goreng TomYam


Salam semua...hai!! & selamat pagi...ketemu lagi dong, dah sarapan? Pagi nie zana buat "Mee Goreng TomYam" menu utk sarapan pagi & bekalan anak2 ke sekolah! kalau dipikirkan hari2 nak buat sarapan / masak ape!!! betul tak??? hai!!!!!! fening2....pla nie..dibuatnyerrrrrrrr, oklah!! jom layan resepi nie...
Bahan2nya:
  • 1 paket 500gm mee basah dicelur terlebih dahulu
  • 1 keping daging ayam dihiris kecil2
  • 1 keping fish cake dihiris kecil
  • 4 biji fish ball dihiris2
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih* (bahan* ditumbuk halus)
  • 1 1/2 sudu makan serbuk/paste tomyam segera
  • 1 sudu makan cili mesin
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit garam(jika perlu)
  • 3 batang sayur sawi manis dipotong-potong
  • hirisan daun bwg & cili merah utk hiasan

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik aromanya, masukkan cili mesin dan serbuk tomyam segera dan dikacau rata~biarkan sebentar...
  2. Masukkan hirisan daging ayam, fish cake dan fish ball dan dikacau lagi, kemudian masukkan sayur diikuti sos tiram dan sedikit garam~kacau sebati.
  3. Akhir sekali barulah masukkan mee dan digaul rata ~ sehingga masak.
  4. Hidangkan dan hiaskan dgn hirisan daun bawang dan cili merah.
  5. Sedia utk dimakan...

Selasa, Februari 23, 2010

Serimuka Jagung...


Salam..kwn2.., jomlah! sarapan pagi dengan kuih "Serimuka Jagung", kuih nie zana buat ptg semalam.., rasa lemak2 gitu, disebabkan ade stok jagung kat rumah jadi zana buatlah! jalan2 kat rmh chef kite kak liza...selongkar kat gobok kak liza, jumpalah resepi nie...he..hek atau pun leh jugak refer kat SINI.
Bahan Lapisan Bawah:
  • 1 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
  • 1 cawan jagung hiris [dlm 2 tongkol]
  • 2 cawan santan cair
  • 1 s/k garam

Cara-caranya:

  1. Kukuskan semua bahan sehingga masak.
  2. Sapukan minyak sikit atau lapikkan pelastik dalam loyang lain saiz 8 x 8 inci.
  3. Tekan pulut dan jagung yang telah masak tadi.
  4. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas:

  • 1 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
  • 4 s/b gula
  • 4 s/b tepung gandum
  • 2 s/b tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 s/t garam

Cara-caranya:

  1. Gaul rata semua bahan dan tapis.
  2. Masakkan sekejap sekadar naik wap.
  3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut yg telah dicakar2kan sikit..
  4. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  5. Sejukkan dahulu baru potong.

Jumaat, Februari 19, 2010

Black pepper Sosej Roll


Salam semua...bertemu lagi di alam maya nie..menu sarapan pagi tadi "Black Pepper Sosej Roll"...buat anak2., membuatnya simple aje, sama seperti sosej roll yg zana pernah buat sebelum nie...di SINI cuma zana gantikan chicken sosej dgn black pepper sosej dan zana tambahkan dgn slice cheese, mudahkan!! lagi sedap tau..digoreng garing sedikit dan dimakan ketika masih panas dgn sos cili..yummy..yummy.

Khamis, Februari 18, 2010

Kek Pisang Coklat Rice


Hari2 cuti yg memboringkan...semalam pagi2 lagi zana ke JPN untuk buat IC anak tp sampai giliran nak ambik no .. no pulak dah abis!! kena dtg blh ptg...1/2 hari zana kat JPN...penat2 dok menunggu turn..no. menunggu dr 1117~no yg zana dpt 1177 (mak ai sampai 60 org tu) bayangkanlah start dr kul 1.45ptg, kul 5.50 barulah dpt buat...hai nasib2. Oklah!! semalam semasa nak menunggu t/hari, zana buat kek...nie "Kek Pisang Coklat Rice" utk kudap2an anak2 yg masih bercuti lagi. Marilah tengok resepinya.........
Bahan2nya:
  • 250gm Butter
  • 1 cawan brown sugar
  • 3 biji telur gred A
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu makan baking powder*
  • 1 sudu makan soda bikarbonat* (bahan2 (*) diayak)
  • 1 cawan pisang yg telah dilenyek/dihancurkan
  • 1 st ovalette
  • 1 st esen vanilla
  • 1/2 cawan coklat rice

Cara2 menyediakan:

  1. Mix butter dan brown sugar sehingga putih dan gebu ~ masukkan telur satu persatu diikuti ovelatte, setelah sebati barulah masukkan pisang dan dipukul lagi sehingga sebati.
  2. Setelah semuanya sebati, masukkan esen vanilla ~ kacau lagi, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dipukul lagi dgn kelajuan yg sederhana.
  3. Akhir sekali barulah masukkan coklat rice dan digaul sebati (guna spatula ajer..)
  4. Masukkan dlm loyang bulat berukuran 8" yg telah dialas dgn kertas kuih.
  5. Bakar pd suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak.
  6. Setelah masak..biarkan sejuk dahulu barulah dipotong.

Isnin, Februari 15, 2010

Kung Poa Chicken...


Hai!! kwn2 semua...assalamualaikum..jumpa lagi di Alam maya nie...hari nie zana entry kan menu makan t/hari smlm..."Kung Poa Chicken"...disebabkan dlm peti ais tu ade stok daging ayam so zana cubalah resepi ini...sumbernya dari kak ina KL..thanks ye kak..
Bahan-bahan A:
  • 600gm isi ayam-dipotong kecik
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam(zana guna sos BBQ)
  • sos tiram-ikut keperluan
  • sedikit kicap pekat

Cara-caranya:

  1. perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  2. Lumurkan dengan tepung jagung.
  3. Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  4. Toskan selepas di angkat.

Bahan-bahan B:

  • 100gm kacang gajus ye-di goreng dan toskan minyak
  • 30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  • 2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar-tak ada stok
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  • minyak untuk menumis
  • garam jika perlu
  • minyak bijan -zana x letak
  • sedikit seasoning maggi

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama gajus yang telah digoreng.
  5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
    Kacau sebentar dan terus padamkan api.
    Angkat dan hidangkan bersama nasi....

Sabtu, Februari 13, 2010

Sotong Berempah...


Salam semua...hai!!! selamat petang...ini salah satu menu makan t/hari tadi... "Sotong Berempah"...zana mmg suka makan sotong tp selalunya zana buat sotong goreng lada hitam/ sotong masak hitam...kali ini zana cuba resepi dari rumah Dayangjack. memang sedap tp agak pedas sikit..ape2pun tkasih DJ., zana CnP aje resepinya...k mintak halallah yea..nie kes maleh nak nulih2 hehe!!..
Bahan-bahan :
  • 300 g sotong basah (digaulkan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus 1/2 masak dan dituskan)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb serbuk cili / cili kisar
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 4 sb santan pekat / susu cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sb sos tomato
  • 1 biji hirisan cili merah

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih , halia serta daun kari sehingga wangi.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, serbuk ketumbar dan lada hitam di dalam satu bekas. Bancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan pes tadi ke dalam bahan tumis tadi dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, cili merah dan santan. Kacau hingga mendidih.
  5. Setelah kuah hampir pekat, barulah dimasukkan sotong, garam dan gula. Kacau hingga masak. (tak perlu masak terlalu lama)

Jumaat, Februari 12, 2010

Apam Coklat Kukus


Ade acuannya mestilah ade kuihnyakan?...ha..hak., semalam zana buat kuih nie"Apam Coklat Kukus" ~ rasanya macam kek coklat kukus aje, sungguh moist dan gebu sekali...sedap tau.. tengok gambar tu..sekali tengok mcm burger aje!! anak2 pon suka..senang aje membuatnya...kite guna acuan lompang. Resepinya zana ambik kat blog kak ummi... leh jugak tengok kat SINI. Thanks yea kak ummi zana CnP ajerr..
Bahan:- (kuranglebih 16 biji)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1 bj telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Cara-Cara:-

  1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
  3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Mudahkan...!
    # Sedap dimakan panas2. Apam ni rasa dia cam kek coklat kukus. Padat dan moist.

Acuan Apam aka Lompang...


Salam... Hari Jumaat.., penghulu segala hari. Harapan zana semua kwn2 yg mengunjungi blog ini semuanya sihat ok..! hari nie zana nak tayangkan "Acuan Apam aka Lompang" nie..cantik tak? ini acuan lompang yg lama...rasanya dah x de jual...tp x taulah! zana dpt pun dari simpanan mak kat kg...terdapat 2 corak...satu corak bunga raya dan yg satu lagi tu corak bunga2 ape tah! acuan lompang sekarang nie kalau nak cari semuanya yg plastik ajekan!! zana memang suka jugak mengumpul barang2 lama mcm nie...klasik lagi..!!

Khamis, Februari 11, 2010

Bubur Durian Berjagung..


Salam semua...semalam zana buat bubur nie.."Bubur Durian Berjagung".. sebebenarnya..kan..kan zana nak perabihh..kan doyan yg dah beku tu kat dalam peti ais tuu...jalan2 kat MyR jumpa resepi dari harligt "bubur jagung isi durian" tp zana olahkan semula...resepi asalnya boleh klik kat SINI...ok! sorilah tuan empunya resepi sbb zana tukar tajuknya tu..krn ia lebih rasa "Doyan" dan sesekali rasa macam serawa lah pulak...hehee!!! thanks yea..harligt.
Bahan2nya:
  • 2 batang jagung manis ~ disagat
  • 10 ulas durian
  • 1/2 cwn sagu biji direndam terlebih dahulu
  • sekeping gula "gerek"
  • 2-3 sb gula pasir (ikut manis)
  • sedikit garam
  • 1 cwn santan pekat
  • 2-3 cwn air
  • 2 helai daun pandan disimpul

Cara membuatnya:

  1. Masukkan jagung parut, daun pandan kedalam periuk bersama air dan masak sehingga jagung empuk dengan api sederhana.
  2. Masukkan pula sagu biji, gula gerek, gula pasir dan sedikit garam kemudian dikacau sebati ~ sehingga sagu kembang.
  3. Akhir sekali kecilkan api dan barulah masukkan durian diikuti santan pekat..dan dikacau lagi sehingga ia merenih.
  4. Masak sehingga ia sedikit pekat dan siap untuk dihidangkan.
  5. Boleh juga dimakan bersama roti/roti jala.

Selasa, Februari 09, 2010

Kuih koci


Salam kwn2..bertemu kembali..hari ini sebenarnye zana x de idea..nak entrykan ape2 tp disebabkan gambar2 "Kuih Koci" nie ade dlm simpanan x diuploged lagi..so zana entrykan jugak. Kuih nie zana buat 2 minggu lepas, jd kuih2nye dah abislah!!..usah ditanya tau...
Bahan2 inti (A)

  • 1 biji kelapa parut
  • gula merah secukupnya + 1 ketul gula Melaka
  • 10-12 ulas durian dibuang biji
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 1 st tepung jagung - dibancuh dgn 1 sb air

Bahan2 (B)

  • 250 gm tepung pulut
  • secubit garam
  • air secukupnya
  • sedikit pewarna hijau
  • daun pisang secukupnya.

Cara menyediakan:

  1. Masukkan bahan2 (A) kedalam kuali dan dimasak diatas api sederhana, kecuali bancuhan tepung jagung~ dikacau sehingga hampir kering barulah masukkan bancuhan tepung jagung dan dikacau sebati. Apabila masak bolehlah tutup api ~ alihkan kedalam bekas dan biarkan sehingga sejuk.
  2. Utk bahan (B) masukkan tepung pulut + sedikit garam kedlm bekas dan gaulkan dengan air sehingga menjadi adunan yg lembut, bubuhkan sedikit pewarna hijau dan gaul sebati.
  3. Layurkan daun pisang di atas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan
  4. Ambil sekpg daun pisang, ratakan sedikit minyak dan bubuhkan sedikit adunan dan isikan inti.
  5. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan hidangkan.


Sabtu, Februari 06, 2010

Marble Cheese Brownies...


Salam buat kwn2 dan selamat bercuti...menu buat minum ptg..."Marble Cheese Brownies"...belum pun sempat buat minum ptg..kek nye dah tinggal separuh..,mmg sedap dan moist sekali...resepinya dah lama terperap dlm simpanan zana. Smber resepi zana cedok kat rumah (kak rinn fp).. thanks kak.
Bahan-bahan Brownies :
  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair (zana guna fresh milk)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum * diayak sekali
  • 1 tsp baking powder*
  • 1 tsp soda bikarbonate *
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara:

  1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  5. Panaskan oven pada suhu 175ÂșC. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:

  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Khamis, Februari 04, 2010

Ayah...Oh..Ayah..!!!


Ayah!!!oh..Ayah!!!
MASA begitu cepat berlalu…Hari ini.., tanggal 4 Feb. 2010 bersamaan 19 Safar 1431H…maka genaplah tiga bulan pemergian ayah…aku rindu padamu AYAH…..!!! setiap kali balik ke kg aku tidak pernah ketinggalan menziarahi kuburmu…dan setiap kali balik kekampung jugalah aku rasa seolah-olah ayah masih dekat denganku, masih terbayang2 wajahnya dan kedengaran suaranya yg terngiyang2 ditelinga ini...berkata2 “ana…ayah nie sakit..ayah sakit..doktor kata ayah nie sakit lemah jantung, tak siapa pun yg ambik tahu.. tak po lah kau adik beradik jagalah mak…” dia rasa seolah-olah dia dipinggirkan. Dengarlah ayah kami adik-beradik tak bermaksud nak pinggirkan ayah…kami sepuluh beradik sayangkan ayah dan mak dan kami buat apa yang termampu dan terbaik untuk ayah dan mak. Memang tahun 2009 nie mak selalu sahaja keluar masuk hospital, mcm-mcm jenis hospital dan pembedahan..yg memakan belanja puluhan ribu ringgit…mmg banyak dugaan kami adik beradik ketika itu dan ayahlah orang yg paling risau sekali. Aku berterima kasih pd abangku yg banyak membantu mak dan ayah samada dlm bentuk kewangan dan segalanya. Baru beberapa bulan mak selesai pembedahan, ayah pulak menyusul…bebarapa minggu tingggal dan mendapatkan rawatan di hospital.. keadaan ayah masih tak de perubahan, terima kasih sekali lagi pd abangku kerana transferkan ayah ke hospital Mahkota menurut doktor ayah perlukan pembedahan segera krn beberapa saluran darah kejantungnya tersumbat…dan bukan itu sahaja..ada jangkitan diparu2 ayah. Walaupun buah pinggang ayah tak boleh berfungsi dgn baik, pembedahan itu perlu dilakukan jugak pada salah satu saluran jantung yg tersumbat itu utk menyelamatkannya…doktor bagi jaminan 80% ayah akan selamat. Setelah mendapat persetujuan ramai, kami bersetuju di atas pembedahan itu…kalau dilihat pada pada mata kasar , ayah kelihatan sihat aje...,tp didlmnya hanya Allah yg tahu. Pada tanggal 3 Nov. 2009 ayah diberi sedikit makanan dan ubat kemudian disuruh berpuasa dari pukul 12 pm sehingga 4.30 pm sebelum kebilik operation.., kasihan ku lihat ayah ketika itu..dia minta sedikit air.. tp tiada siapa yg berani nak memberikannya, aku rasa sungguh terkilan. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 5.00 pm ayah ditolak kebilik operation...yg ade ketika itu hanyalah aku bersama 3 orang kakak dan mak. Aku dan kakak menghantar dan memberikan kata2 semangat pada ayah sehinggalah ke pintu bilik operation ~ STOP. Kami menunggu di luar dan berdoa kepada Allah semoga operation itu berjaya. Operation itu memakan masa 4 jam~ doctor keluar dan memberitahu pembedahan itu telah berjaya.. alhamdulillah syukur kepada Allah, aku rasa gembira sekali..kami dibenarkan utk melihat ayah…hanya 3 orang aje dibenarkan masuk..pd mulanya abg yg sulung bersama wifenya…dan bila tiba turn aku bersama 2 lg kakak…ayah kelihatan lemah sekali dan muntah2, sedih aku melihatnya keadaannya yg termengah2 lalu berpesan spy kami sepuluh beradik tidak bergaduh dan bersatu…jagalah mak…dan memberitahu bahawa dia akan pergi…bercucuran air mata kami bertiga..Melihatkan keadaan ayah yg tidak stabil ketika itu, misi bergegas menyuruh kami bertiga supaya keluar. Tapi….Allah s.w.t lebih menyayanginya…pada tanggal 4 Nov. 2009 – tepat jam 5.00 pg di subuh yg hening ayah pergi jua meninggalkan kami semua…aku melihatkan wajahnya tenang sekali.., semoga roh ayah dicucuri rahmatNYA..Alfatiah buat arwah ayah ~ Amin…

Rabu, Februari 03, 2010

Mini Peach Tartlets...


Hai!! salam semua...hari ini zana nak tayangkan pulak "Mini Peach Tartlets" nie..hehee..., zana masih guna resepi "Alex Goh" utk sweet pastrynya...boleh klik sini ok. untuk intinya zana guna kastat resepinya ikut resepi k.rinnchan..
Bahan untuk kastart:
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
  • 8 tbsp gula kastor
  • 2 cwn (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp (30 gm) mentega

Cara Membuat Kastard:

  1. Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
  2. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
  3. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.
  4. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
  5. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2, apabila tampak likat keluarkan & masukkan mentega lalu kacau hingga sebati.
  6. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati.
  7. Masukkan dlm sweet pastry dan hiaskan dgn hirisan buah peach.
  8. Jika suka boleh sapukan sedikit jeli apricot dan hidangkan.

Selasa, Februari 02, 2010

Ikan Kembung Tiga Rasa...


Salam kawan2...pagi tadi pikir2 nak masak apelah utk anak2 makan t/hari nnt..tinjau2 dlm petisejuk.. de ikan kembung, jadi terpaksalah zana buat lauk nie.."Ikan Kembung Tiga Rasa" aka masak masam manis., kalau masak2 mcm nie laku, kalau masak lauk2 yg berkuah nie agak kuranglah sikit anak2 nie makan...main ambik kuah ajerr...yg tinggal ikan. Hee!! geram aje dibuatnye..jomlah!! layan aje resepi simple zana nie...
Bahan2nya:
  • 3 ekor ikan kembung yg telah dibersihkan
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1/2" halia dihiris halus
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih* ~(ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sos tomato secukupnya
  • 1/2 cawan air (lebih kurang)sedikit hirisan nanas
  • garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:

  1. Ikan kembung dioles kunyit dan garam kemudian digoreng hingga masak.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk & hirisan halia, sehingga wangi..
  3. Masukkan cili kisar dan dikacau sehingga cili masak dan masukkan sos tomato dan air.
  4. kemudian masukkan hirisan nanas dan bawang besar ~ dikacau rata.
  5. Rasakan dgn garam dan gula.

Isnin, Februari 01, 2010

Puding Roti Pelangi...


Haa...yg ini pulak "Puding Roti Pelangi"...resepinya zana ceduk kat rumah Hana...tergoda tengok hana buat...dan dah ramai yg mencuba, so kite cubalah pulak..,memang sedap dimakan ketika sejuk...thanks hana.
Bahan2nya:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gm serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sb butter/marjerin dicairkan
  • 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
  • pewarna merah, kuning dan hijau

Cara membuatnya:

  1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih td..
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
  4. Bahagikan kepada 3 bhgn, masukkan pewarna pilihan anda..
  5. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
  6. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

Masak Lemak Cili Padi~Ikan Keli dgn Pisang


Salam semua...hai selamat bercuti pada warga kota...dah lebih seminggu zana x update blog nie..rindu rasanya...dgn keadaan zana baru aje baik dari demam...ini pun masih ade lae...selsema, kerja pulak melambak2 membuatkan zana x dpt nak jengok selalu.. Hari ini zana nak entry menu makan, zana semalam. "Masak lemak cili padi ikan keli dgn pisang"...ikan keli lagi...yg masih ade stok didlm aisbox tu...bagi perabih!! org tua2 kata kalau nak masak gulai nie mudah aje x perlu letak bawang..kita tengok ok...,
Bahan2nya:
  • 1 kg ikan keli yg telah dibersihkan
  • satu sisir pisang muda
  • 2" kunyit hidup*
  • 20-25 biji cili padi ~ boleh buh lebih jika suka pedas...*
  • 1" belacan*
  • 2 keping asam gelugur
  • 500ml santan pekat + 2-3 cwn air
  • garam secukup rasa.
  • 6 biji limau kasturi dibuat jus

Cara menyediakan:

  1. Mula2 buangkan kulit pisang muda dan potong 2 bhgn ~kemudian celur dgn sedikit garam sehingga pisang empuk, toskan dan biarkan sementara..
  2. Bahan2 (*) ditumbuk halus dan masukkan kedalam periuk bersama ikan keli, asam gelugor dan sedikit air ~ masak di atas api yg sederhana sehingga ia merenih...
  3. Masukkan santan pekat dan air ~ kacau supaya x pecah minyak sehingga mendidih...
  4. Masukkan pisang ~ rasakan dgn sedikit garam, kacau dan biarkan sehingga ia merenih semula dan barulah masukkan jus limau dan biarkan sehingga masak.
  5. Tutupkan apinya dan bolehlah dihidangkan